harini tergerak hati nak tgk crita cinema lak. jadi ajak sorang member gi skali. walaupun esok leh dapat tiket murah (maklumlah hari rabu kan). tapi dah nak gi tgk jadi gi jelah.
bila dah sampai, masalah pulak, nak tgk crita pe... kira nasib gak dapat tgk crita hikayat merong mahawangsa. jadi order 2 tiket. eik.. bila dah mula cinema.......... jalan crita best, sound effect best, watak pon leh laaa, kira leh bagi 8 markah daripada 10 markah.
tapi yang best skali tu adalah 5 orang je dalam cinema. fuhhh! cam booking satu cinema tgk satu crita.
jadi,.. itulah pilihan tepat! bayaran extra RM 3 leh tgk crita best dan takde gangguan. cam cinema sendiri.
Sebenarnya saya ada satu trip ke Genting minggu depan. Saya membatalkan dengan alasan ke Pangkor. Ke Genting untuk bersuka ria tetapi ke Pangkor untuk urusan rasmi kerja.
Adakah ini tindakan betul? Kedua-dua berlaku pada masa serentak.
camne nak kata,. cam terlintas perkataan dalam otak. tu yang tengah pikir lama. apa yang dimaksudkan ilusi dan imaginasi. setelah periksa disebalik perkataan "tersebut"
ilusi itu seperti salah taksiran penglihatan atau pembayang yang mungkin tidak wujud.
imaginasi itu gambaran imej yang dihasilkan oleh mental tanpa kesedaran seperti berkhayal.
ini secara kebetulan, kawan saya minta saya carikan article berkaitan ngan matematik bab hasil tolak, maka saya pon sampai pada satu site
rupenya permainan ini berasal dari negara india pada kurun ke-16. Permainanpada masa itu bernama "Leela" dan lebih bersifat kepada kesedaran hinduisma pada kehidupan harian.
p/s: Sejarah & kesedaran mampu membentuk generasi yg akan datang.
disebabkan arnab kalah dalam perlumbaan, arnab mula sedar bahawa dirinya yang angkuh dan memandang rendah terhadap keupayaan kura-kura maka timbulah keazaman untuk berlumba dengan kura-kura.yang sama untuk menebus maruah suku-sakan arnab.
Arnab mencabar semula kura-kura dan pada kali ini, arnab berlari bersungguh-sungguh tanpa mengulangi kesilapan yang dilakukan.
kesudahan ceritanya.. "ARNAB menang mudah"
rasa-rasanyalah kita boleh tak menerima pengakhir cerita begini??
Nak mintak tolong.. Ada apa cara effective nak mintak baliq duit orang yang berhutang.? Dah call banyak kali tak angkat, hantar message pun tak balas. hutang dah lebih 8 bulan. Terserempak sekali dia wat cam tak tau. Duit tu kata letak dalam "tabung haji"
dah lama tak update blog. maklumlah, tgk merantau ni kat tmp lain dan kerja. baru je dapat cuti :p kerja baru, inviroment baru, kekawan baru,. semua pun baru. yg best, boleh hari2 makan ikan segar dari laut,. ahakz..
dekat tapi jauh.. kali terakhir berjumpe ngan kawan saya. dikenali sebagai padlie. kenal kawan satu tmp blaja. harini @ ahad saya ngan kekawan mendaki gunung nuang. kesilapan komunikasi akhirnya turun dah hampir 5pm.. hujan dah turun. kebetulan berjumpe ngan kreta four wheel drive pembawa mayat. dan serasanya mayat yg sama dihantar ke hospital menggunakan kreta polis kelihatan semasa baliq serdang. selepas makan malam baru mendapat tahu rupanya padlie pun gi ke gunung nuang dan tak dapat diselamatkan... kepada kawan mengenali beliau,. bolehlah kirim2kan al-fatihah... sekian..
dah lama tak wat webpage.. saje nak wat baru.. wat yang sempoi lah. amik gak masa nak upload gamba etc. webpage ni berkaitan dengan perjumpaan, antara kekawan cyber di PD Mei baru2 ni. lets have fun,. jgn lak masam muka ya.. link this